Sabtu, 23 Mac 2013

AIR MATA TERPUJI DAN TERCELA

Imam Ibnul Qayyum  رحمة الله berkata:

'Apabila ada faktor-faktor yang menyebabkan dia berpura-pura menangis, maka ada dua bentuk ;

i) Tangisan pura-pura yang terpuji
ii) Tangisan pura-pura yang tercela

Adapun yang terpuji disebabkan oleh hati yang lembut kerana takutkan azab Allah SWT dan buka kerana riak mahupun sum'ah.

Umar Al-Khattab R.A ada berkata kepada Rasulullah SAW tatkala melihat Baginda SAW dan Abu Bakar R.A menangis berkenaan dengan tawanan Perang Badar. Maka beliau berkata:

'Wahai Rasulullah! Khabarkan kepada ku apa yang menyebabkan Engkau menangis? Bila aku dapat menangis maka aku akan menangis bersama kamu namun jika tidak maka aku akan berpura-pura menangis kerana tangisan kamu berdua.' Dan pertanyaan Umar R.A tersebut tidak diingkari oleh Baginda SAW.

Sebahagian ulama salaf pula ada berkata:
'Menangislah kamu kerana takut kepada azab-Nya. Jika kamu tidak dapat menangis maka berpura-puralah kamu menangis'

Adapun yang tercela adalah tangisan yang ditujukan untuk mendapatkan sanjungan manusia. Berapa banyak kita saksikan dan kita dengar manusia yang berpura-pura menangis kerana permasalah duniawi dan kerana sum'ah dan riak.